top of page

Spa Apprenticeship Program

PROGRAM PERANTISAN SPA  

(Spa Apprenticeship Program)

 

Kursus yang ditawarkan untuk program perantisan ini ialah kursus Terapi Spa & Komplementari, Sijil Kemahiran Malaysia SKM Tahap 3 melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

 

Berikut adalah butir-butir berkenaan program ini:

 

PROGRAM USAHASAMA DI ANTARA KEMENTERIAN PELANCONGAN, ENERGY ACADEMY DAN MAJIKAN:

 

Bayaran:

Pelatih perlu membayar sebanyak RM500.00 untuk yuran belajar selebihnya akan dibiayai oleh Kementerian Pelancongan dan Majikan Spa.

 

  • Jumlah Yuran yang perlu dibayar oleh pelatih tertakluk kepada perubahan.

 

Tempoh kursus: 18 Bulan

 

  • 3 bulan intensif sepenuh masa didalam kelas diikuti dengan

  • 9 bulan praktikal ditempat kerja beserta elaun oleh Majikan seterusnya

  • 12 bulan kontrak bekerja (pelatih diwajibkan lulus proses pengambilan oleh Majikan)

 

Tempat Belajar:       

ENERGY ACADEMY KUALA LUMPUR

 

Selain itu, bagi pelatih-pelatih yang telah ditauliahkan, mereka boleh menyambung pelajaran di dalam bidang Diploma Anatomy & Fisiologi dan Diploma Spa Therapy  dengan mengikuti Program CIBTAC United Kingdom.  Program perlesenan antarabangsa ini dapat menaiktaraf pusat perkhidmatan spa sedia ada khususnya kepada pelancong dari luar negara.  Pengambilan program ini juga digalakkan kepada pemilik, pengurus dan ahli terapi spa yang telah mempunyai pengalaman tetapi tidak berpeluang untuk mendapatkan persijilan secara formal sebelum ini. 

© 2015 by Energy Academy

  • Facebook App Icon
  • Instagram Social Icon
bottom of page